Tuesday 28 March 2017

Cerpen : Aurat (Part 1)

Cerpen : Aurat (Part 1)

Usah ambil mudah perkara aurat.

Haram bersalam bermaksud aurat pun wajiblah dijaga.



Suatu hari, sedang saya termenung. Datang seorang gadis ayu sangat.

Cikgu, aurat tu apa?". Gadis itu bertanya.

Terkejut saya sebab belum pernah orang datang dan tanya saya macam tu.

Adik ni sape nama?". Sambil senyum saya bertanya.

Maaf Cikgu. Nama saya Ida. Saya dah lama baca blog Cikgu. Saya nak sangat kenal Cikgu. Alhamdulillah hari ni saya dapat jumpa Cikgu". Jawab Ida.

Terkedu sebentar saya dibuatnya. Tapi saya buat relax je. Malu pun ada 😁

Aurat tu Ida, maruah. Maruah tu pula satu yang perlu kita sembunyikan dari pengetahuan dan pandangan orang lain". Jawab saya.

Ida tekun mendengar tanpa suara.

Tiba-tiba Ida menangis. 

Ah sudah... kenapa lah pula dia ni?" Ngumam saya dalam hati.

Cikgu, semua orang pandang hina pada saya. Mereka kata... Mati nanti masuk neraka! Tak sayang emak ayah dan adik beradik lelakj kau ke? Biar dedah sana. Dedah sini tubuh badan kau. Dedah rambut kau! Dahlah menyeksi manjang! Kau tak tahu malu ek? Kau nak jadi jalang? Macam pelacur tu? Menggedik menggeletis dengan jantan. Keluar sesuka hati kau pulang lewat malam?" Cerita Ida dalam tangisan yang agak kuat.

Saya terdiam...

Allahuakbar... Dik... Sabar... Itu ujian buat adik ye. Jangan begini..." kata saya sambil memandang Ida.

Ketentuan setiap hamba tidak terletak pada pemakaiannya begitu juga syurga dan neraka. Allah berfirman dalam surah An-Nur Ayat 31 yang bermaksud;

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra - putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung".

Takpe Ida, perlahan-lahan ye. Mereka menegur kerana mereka sayangkan Ida. Cuma cara mereka mungkin agak sinis dan kasar. Tapi percayalah, mereka tu sayangkan Ida". Kata saya selepas bacakan terjemahan ayat Al-Quran itu sambil tersenyum memandang redup matanya.

Ida tunduk berkaca matanya menahan air mata.

Ida, jagalah auratmu kerana di sana nanti tiada siapa yang dapat membantu dirimu melainkan dirimu sendiri dik". Sambung saya lagi sambil memegang bahunya agar Ida tidak sedih keterlaluan.

Alhamdulillah Ida semakin faham dan mampu tersenyum 😊


PENULIS

  1. Nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta seorang Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Coach. 
  2. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Subjek teras, Khat dan Sirah. Meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan. 
  3. Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selama 10 tahun. Subjek teras Tauhid, Jawi, Bahasa Arab dan Tajwid. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 dari Ketua Setiausaha Negara disampaikan oleh Dato' Asyraf Wajdi. Meletakkan jawatan disebabkan sakit kronik slipped disc L4 hingga L5. 
  4. Selepas itu meneruskan program keusahawanan secara personal, group coaching, seminar, kursus berkaitan blog dan bisnes melalui SocMed sehinggalah tahun 2020. 
  5. Tahun 2021 meneruskan program Personal Life Coaching
  6. 1/3/2022, atas saranan suami, berehat dari berniaga dan semua aktiviti sambilan isi masa lapang kebiasaan saya untuk fokus hantar ambil anak-anak bersekolah dan suami bekerja. 
  7. Masih meneruskan penulisan di blog dan review patuh syariah.

  

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca karya saya dan rakan lain. Komenlah secara berhikmah dan adab sopan. Komen anda amat saya hargai. Sebarang cadangan penambahbaikan dan soalan, boleh email kepada cerpenpilihan@gmail.com . Terima kasih ^__^