Friday 24 September 2021

DENDAM PERRY JIWA BAHAGIA YANG NAIF

DENDAM PART 1 : PERRY JIWA BAHAGIA YANG NAIF.

DENDAM, cerpen pilihan, Kayangan, Cerpen Kayangan, Cikgu iEta, Puteri Nur Cahaya, Dendam, Islam agama indah, bermukah, berzina, haram berzina


Perry jiwa bahagia yang naif

Aku bernama Perry. Duduk di dalam banglo yang indah seperti di kayangan yang sangat bercahaya-cahaya. Bonda dan Ayahandaku kaya-raya. Abangku Milka, seorang jejaka yang memiliki kuasa yang sangat sakti.

Abangku Milka sangat rapat denganku kerana kami hanya berdua sahaja anak-anak Ayahanda dan Bonda. Memang aku sangat dimanjakan oleh mereka bertiga. Ayahanda dan Bonda sangat sayang kepada kami berdua. Kehendak kami diturutkan sahaja tanpa banyak bicara. 

Perry, pergilah berjalan-jalan dengan Kekandamu. Balik sebelum hujan ya." bicara Bonda tercinta yang sentiasa jelita tidak pernah nampak tua. 

Ayahanda hanya melihat aku melalui lirik matanya sambil membaca akhbar dari kejauhan. Memang Ayahanda jenis manusia yang tidak banyak cakapnya. Tetapi pantang lepa. Tiada siapa siaplah aku dikerjakannya. 

Bodoh bukan? 

Masa itu kami sekeluarga belum Islam. Aku naif. Aku tidak tahu perkara begini dilaknat Tuhan. Memang aku sangat naif. Tidak tahu itu sebenarnya jadi hamba kepada hawa nafsu syaithon. Bila ku ingatkan semula, aku pasti merintih moga aku diampunkan Tuhan. 

Berbalik kepada Abangku, pada suatu hari itu aku ingat lagi. Aku berjalan-jalan berpimpin tangan dengan jejaka itu yang ku anggap segalanya bagiku. Itulah Abangku Milka si sakti yang amat sayangkan aku lebih dari segala-galanya. Tiada siapa pun dibenarkan mendekatiku punyalah ketatnya dia menjaga aku. 

Siapa berani dekat? Jika dekat sahaja, dipanah dipetir dan dilipatnya terus dihumbankan ke dunia kematian dari atas banglo kayangan sana dengan kuasa saktinya. 

Oleh itu, setiap hari kami berdua ke sana ke sini seperti belangkas setiap hari tak kenal siapa aku hanya merenung dia sahaja yang ku anggap Raja penyelamat di hatiku bertakhta selamanya. 

Entah bagaimana syaithon merasuk jejaka yang ku panggil Abang itu. Pada hari itu dia menarik tanganku ke sebuah taman nan indah. Di sana kami bersenda-loka dan aku longlai dalam dakapannya. Syaithon kesaktian menghasut abangku yang gila. Rupanya dia juga binatang yang bertopengkan abang kesayangan. 

Aku yang naif hanya mengikut sahaja kerana padaku tiada apa-apa. 

Kami kan adik-beradik? Lagipun abang kan sentiasa menjagaku di mana jua aku berada? Ah, apa perlu aku gusarkan? Ikutlah sahaja. Lagipun tiada siapa pun melarang. Kami bahagia. Bermain di taman. Bergurau-ketawa. Berperang pun bersama. Tak kisahlah. Janji Abang menjaga aku." ngumamku di dalam hati. 

Ya aku tewas di dalam mabuk asmaradana ilmu kesaktian abang kandungku sendiri. 

Bodoh bukan? 

Entah bagaimana selepas beberapa hari itu, aku tersedar. 

Abangku hilang! 

Aku mencari ke sana ke sini tak berarah tujuan. Aku hilang arah pedoman. Kerana Abang yang menjaga aku hilang tanpa pengetahuan. Bonda dan Ayahanda juga tiada. Aku keseorangan. 

Menangis aku berlari aku ke sana ke mari tiada tujuan mencari Abang tiba-tiba menghilang. Aku tidak lalu makan berhari-harian berbulan-bulan. 

Aku berjalan. Aku juga punya kuasa sakti. Aku berterbangan ke awan, ke kayangan, ke langit, ke bumi dan ku redah segala hutan belantara juga lautan. Hanya satu tujuanku mencari di mana abang kesayanganku. 

Pelbagai jantan menghampiriku aku abaikan mereka semua. Dekat sahaja, aku petirkan mereka.  Saat itu, aku bagai orang gila. Gila mencari Abang kandungku Milka. 

Bertahun lamanya, akhirnya aku pun terus berada di dunia yang nyata. Setelah berumahtangga dan memiliki anak-anak, Abangku Milka muncul tiba-tiba tidak ku kenali siapa dirinya. Kerna dia sudah tua. Dia pun sudah lupa aku ini siapa. 

Hinggalah satu hari itu kami berbual berdua, terbongkarlah rahsia segalanya. Dialah Abang yang ku cari selama ini. Aku berdendam atas perbuatannya. Dendamku hanya padam bila aku membaca Al-Quran helaian demi helaian untuk cuba memaafkan kisah silam yang kelam sebelum aku Islam.


SUMBERDENDAM PART 1


PENULIS

  1. Nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta seorang Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Coach. 
  2. Mantan Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Subjek teras, Khat dan Sirah. Meletakkan jawatan untuk fokus perniagaan. 
  3. Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selama 10 tahun. Subjek teras Tauhid, Jawi, Bahasa Arab dan Tajwid. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 dari Ketua Setiausaha Negara disampaikan oleh Dato' Asyraf Wajdi. Meletakkan jawatan disebabkan sakit kronik slipped disc L4 hingga L5. 
  4. Selepas itu meneruskan program keusahawanan secara personal, group coaching, seminar, kursus berkaitan blog dan bisnes melalui SocMed sehinggalah tahun 2020. 
  5. Tahun 2021 meneruskan program Personal Life Coaching
  6. 1/3/2022, atas saranan suami, berehat dari berniaga dan semua aktiviti sambilan isi masa lapang kebiasaan saya untuk fokus hantar ambil anak-anak bersekolah dan suami bekerja. 
  7. Masih meneruskan penulisan di blog dan review patuh syariah.

  










No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca karya saya dan rakan lain. Komenlah secara berhikmah dan adab sopan. Komen anda amat saya hargai. Sebarang cadangan penambahbaikan dan soalan, boleh email kepada cerpenpilihan@gmail.com . Terima kasih ^__^